Search This Blog

Friday 27 December 2013

Get Clean Basic H2 Organic Super Cleaning

Anda tahu tak yang Shaklee Basic-H ni merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Cuba kira dah berapa tahun dah?

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Akhir kata Basic H adalah pencuci serbaguna yang wajib ada. Memang lah sekarang ni ada macam-macam pencuci serbaguna tapi tahukah anda, kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan tapi dengan BASIC H, anda selamat. Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak dan kepekatan berganda.

Macam biasa, hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa. Anda juga boleh menggunakan ID saya untuk menikmati harga ahli di mana-mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia.


Herbal Blend Multipurpose Cream

Herbal Blend Multipurpose Cream

Sejak saya mula berkenalan dengan Herbal Blend ni, jatuh cinta terus dengannya… Magic cream jolokannya..
Saya sendiri telah menggunakan nya. saya pernah mengalami ruam panas yang teruk, gatal sampaikan saya menggaru-garu sampai berbelak.
Dalam keadaan percaya tak percaya tu saya cuba sapukan herbal Blend Multipurpose Cream ni ke badan saya. Hasilnya, Kulit jadi licin, walaupun sebelumnya ada macam calar-balar luka sikit akibat digaru. Sayangnya saya tak ada pula gambarnya..
Sejak tu memang Herbal Blend sentiasa ada di rumah.


Inilah rupanya dalam tiub 4 oz yang tahan lama.
Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary… dan diuji secara klinikal tau.
Antara kegunaan Herbal Blend Multipurpose Cream ni adalah:
Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
Menyelesaikan masalah kulit gatal
Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox
Menghilangkan ruam pada bayi
Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
Sebagai losyen untuk kegunaan harian






SET MENAMBAH BERAT BADAN

Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang hebat sebagai suplemen seimbang dan komprehensif bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang deperlukan. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.

Vitamin B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Meal Shakes - Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein